Pada sesi Julai-Disember 2014 , terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan . Setiap modul mempunyai dua peperiksaan iaitu teori dan amali . Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal . Peperiksaan ini dipanggil P.A.M atau Peperiksaan Akhir Modul . Antara topik-topik modul adalah :-
- Modul 1 : Mengurus kesalamatan di tempat kerja
- Modul 2 : Menghasilkan dokuman pejabat
- Modul 3 : Prinsip elektrik dan elektronik
- Modul 4 : Memasang perkakasan komputer
- Modul 5 : Memasang perisian sistem operasi dan aplikasi
- Modul 6 : Memasang rangkain komputer
- Modul 7 : Memasang sisitem keselamatan komputer
- Modul 8 : Membaikipulih kerosakan sistem komputer
- Modul 9 : Menaik taraf sistem komputer
- Modul 10 : Aplikasi multimedia
Latihan pada waktu pagi bermula pada jam 9 dan berehat pada pukul 10 . Kemudian disambung semula pada 10:30 pagi dan berehat pada pukul 1 petang untuk rehat tengah hari . Latihan pada waktu petang berjalan sehingga pukul 5:15 petang .