Tuesday 2 December 2014

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kursus di GiatMara Ipoh Barat , boleh hubungi :-


  • Pejabat GiatMara Ipoh Barat05-2497717
 Atau boleh terus bertanya di kaunter pertanyaan GiatMara Ipoh Barat :-

  • LOKASI GIATMARA IPOH BARAT
    NO 155,JALAN DATO' ONN JAAFAR, 30300 IPOH,PERAK


AKTIVITI GIATMARA IPOH BARAT

Latihan Sesi Julai-Disember 2014 telah mengadakan aktiviti indoor dan outdoor ,bertujuan mengeratkan silaturrahim dan hubungan baik antara pelatih . Kebanyakan aktiviti yang dirancang merupakan idea pelatih dan disokong oleh tenaga pengajar GiatMara Ipoh Barat . Antara aktivit yang dirancang dan berjaya dilaksanakan ialah :-


  • Majlis Berbuka Puasa 
  • Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Bertemu Pelanggan 
  • Lawatan ke RTM Perak
  • Lawatan ke GiatMara Bangi 
  • Aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan GiatMara 
  • Kunjungan ke Ekspo RTC Gopeng
  • Explorace di Taman D.R. Seenivasagam
  • Futsal persahabatan antara GiatMara Ipoh Barat dengan GiatMara Tambun
  • Beriadah bersama tenaga pengajar di Taman D.R Seenivasagam
  • Menziarahi ke rumah pelatih yang sakit kerana kemalangan 
Segala aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah hasil usaha bersungguh-sungguh pelatih sendiri .

P&P (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) GIATMARA IPOH BARAT

Pada sesi Julai-Disember 2014 , terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan . Setiap modul mempunyai dua peperiksaan iaitu teori dan amali . Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal . Peperiksaan ini dipanggil P.A.M atau Peperiksaan Akhir Modul . Antara topik-topik modul adalah :-


  • Modul 1   : Mengurus kesalamatan di tempat kerja
  • Modul 2   : Menghasilkan dokuman pejabat
  • Modul 3   : Prinsip elektrik dan elektronik
  • Modul 4   : Memasang perkakasan komputer
  • Modul 5   : Memasang perisian sistem operasi dan aplikasi
  • Modul 6   : Memasang rangkain komputer
  • Modul 7   : Memasang sisitem keselamatan komputer
  • Modul 8   : Membaikipulih kerosakan sistem komputer
  • Modul 9   : Menaik taraf sistem komputer
  • Modul 10 : Aplikasi multimedia 
Latihan pada waktu pagi bermula pada jam 9 dan berehat pada pukul 10 . Kemudian disambung semula pada 10:30 pagi dan berehat pada pukul 1 petang untuk rehat tengah hari . Latihan pada waktu petang berjalan sehingga pukul 5:15 petang .

SEJARAH GIATMARA IPOH BARAT

Pusat GIATMARA Ipoh Barat telah beroperasi pada bulan mei 2004.Pada bulan dan tahun tersebut GIATMARA Ipoh Barat lebih di kenali sebagai GIATMARA Ipoh Timur yang beralamat di nombor 5,Jalan Zarib 8,Kawasan Perindustrian Zarib,31500.Dengan jumlah kakitangan seramai 6
orang.Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi julai-disember 2004.Seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti latihan dalam bidang GEIT (Consume Electronics&Information Technology).Seterusnya jumlah kemasukan pelatih meningkat kepada 19 orang pada sesi januari-jun 2005.
             Untuk pengambilan sesi julai-disember 2005,seramai 27 orang pelatih telah dipilih.pada sesi januari-jun 2006 seramai 34 orang pelatih telah dipilih.Pada bulan jun 2006 GIATMARA Ipoh Timur telah ditukarkan lokasi bertempat di nombor 155,jalan dato'onn jaafar,30300 ipoh,perak dan pada tahun 2008 telah di tukarkan nama dari GIATMARA Ipoh Timur ke GIATMARA Ipoh Barat serta menawarkan bidang teknologi sistem komputer......